TAG META

Wednesday, November 10, 2010

Kanak-kanak Pun Ada Kifarah Dosa


Salam adik-adik semua,

Ini adalah kisah benar yang terjadi semasa Kak Fatim kecil-kecil dahulu. Kisah ini terjadi kepada adik Kak Fatim. Tetapi Kak Fatim masih dapat ingat dengan jelas keadaan yang berlaku itu. Pulang dari sekolah pada hari tu, Kak Fatim, abang dan kakak dikejutkan dengan berita yang adik Kak Fatim diserang harimau. Alangkah terkejutnya kami bertiga, lantas berlari melihat adik kak Fatim yang terbaring di dalam bilik. Kelihatan tangannya berbalut. Dia sedang menagis tersedu-sedu.

Kami bertiga kehairanan. Apa tidaknya, setakat pengetahuan kami, tidak pernah seekorpun harimau tersesat ke kampung kami, apatah lagi nak menyerang manusia. kampung kami itu bukanlah dalam hutan. Malah rumah Kak Fatim berhadapan dengan jalan raya yang agak sibuk.

Akhirnya emak Kak Fatim membuka rahsia. Begini ceritanya:

Ketika itu musim durian. Kebetulan di sekeliling rumah kak Fatim terdapat banyak pokok-pokok durian yang menunggu masa untuk menggugurkan buahnya. Pagi itu sedang emak Kak Fatim sibuk membuat kerja, tiba-tiba terdengarlah bunyi durian gugur di tepi rumah. Disebabkan kekalutan, emak Kak Fatim pun menyuruh adik turun mengambil buah durian itu. Adik Kak Fatim yang sedang leka bermain (waktu itu masih kecil, baru berumur 6 tahun) mulalah merungut-rungut dan memberi alasan. Inilah yang dikatakannya,

"Mana ada bunyi durian, tak dengar pun".

" Ada. Tadi mak dengar. Hang pi tengok", kata mak Kak Fatim. Dengan marah-marah adik Kak Fatim pun melangkah mahu melihat buah yang gugur.

"Kalau tak ada...cek bunuh mak". Itulah kalimat yang keluar dari adik kak Fatim, seorang kanak-kanak yang tidak faham pun apa yang diperkatakannya.

Benarlah bahawa apabila kita melawan orang tua kita, balasannya ada sejak di dunia lagi..

Sampai saja di bawah pokok durian itu, adik Kak Fatim terus mengambil buah yang gugur itu. Belumpun sempat dia mengangkat buah durian itu, sebiji lagi buah durian gugur di atas tangannya sehingga menyebabkan tangannya terhimpit duri di atas dan di bawah. Apalagi meraunglah adik Kak Fatim ketika itu juga.

Kecederaan adik Kak Fatim agak serius di tangannya sebab dikedua-dua bahagian tangannya (depan dan belakang) luka-luka akibat tercucuk duri durian itu. Bayangkanlah buah yang gugur dengan kelajuan graviti itu mencederakan tangan. Syukur juga tidak terkena kepala, jika tidak mungkin dia mengalami kecederaan yang cukup teruk.

Itulah cerita tentang bagaimana budak kecil juga ada kifarat dosa jika bersikap kasar dengar ibunya. Namun kini adik Kak Fatim sudah dewasa dan berkeluarga sendiri. Beliau di kalangan ahli keluarga kami yang berjaya dan berjawatan tinggi.

2 comments:

  1. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  2. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    www.arenakartu.cc
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete